TyRa ALi

SaYa SuKa NoVeL

Saturday, 31 October 2015

unilife

assalamualaikum

hi
update entry about unilife

Sape yang tak happy kan kalau dapat masuk u sebagai langkah seterusnya dalam pembelajaran
kenapa happy?
i) sbb terbls penat lelah belajar waktu spm or stpm/matrik/asasi/diploma
ii) In Shaa Allah boleh dpt keje bagus lepas tu untuk balas jasa parent
iii) tu dah mmg impian dari kecik kot
iv) Allah bagi peluang untuk teroka dunia ni
ni antara pendapat aku lah kan

aku dapat tawaran universiti ni waktu kat ofis kot, hahaha memang terfikir-fikir lah macam mana aku nak checkkan , kalau dapat takut jerit kuat, tak dapat nanti menangis pulak kat ofis. dah la bilik aku tu tumpuan orang.

tepat pukul 1 aku pun check la walaupun start boleh check actually pukul 12 lebih macam tu. lambat sgt dpt respon dari 15888 aku pun try check kakak aku punya then terus tutup phone. motif aku pun tak pasti kenapa aku perlu tuturp phone tu :) sbb dekat setengah jam tunggu takde respon kan. takut kecewa sebab kalau lambat dapat respon ni selalu dukacita. (check pakai SMS je sebab kalau online mmg jammed sangat).

dalam pukul 3 mcm tu aku pun bukak phone balik. ting ting ting bunyi SMS masuk. dan aku nampak preview notification aku berjaya masuk tapi tak pasti lagi kat mana dapat, aku target UUM. lama aku simpan taknak tengok sampai la jam 3.30 dalam meeting aku pun bukak. huhuhuhu iolls dapat UniSZA kot kat terengganu lagi. and i was like what???? terengganu lagi. dulu diploma aku tolak sebab dapat kat dungun, terengganu jauh sangat kot, and again dapat lagi dekat Terengganu walaupun kali ni kat Gong Badak. cepat-cepat terus wasep mama bagitau. Tapi jawapan mama memang terbaik, "Rezeki kat sana kot, tahtah jodoh pun kat sana tak". erkkkk mama!!!! hahahaha.

Maka bermulalah episod haru-biru dalam diri aku sama ada nak pergi ke tak. Dua hari lps tu aku terima tawaran dan bersiap sikit-sikit nak pergi UniSZA. Kelulusan berhenti diluluskan pada hari jumaat sebagai hari terakhir, dimana hari sabtu dah nak bertolak pergi sebab daftarnya Ahad...

rushing Day ..

the End
Atirah Ali



Wednesday, 18 March 2015

Layakkah Aku -Azura Rasiddin

26 tahun Farra Hani hidup dalam kebencian ibu kandungnya. Dia bukan sahaja dibenci oleh ibu kandungnya, malah dia juga dibenci oleh Mikail Amsyar. Lelaki yang berjaya mengetuk pintu hatinya. Sedar dirinya dibenci, Farra Hani cuba menahan diri daripada terbuai dengan layanan mesra Mikail Amsyar yang tidak tahu identiti sebenarnya.

“We have another date then.” – Mikail Amsyar

“Errr, it is not a date. It is a normal dinner.” – Farra Hani

“Tapi bagi I, it is a date. So, see you tomorrow, sayang.” – Mikail Amsyar

Semakin dia cuba larikan diri, semakin dekat lelaki itu dengannya. Puas berlari, Farra Hani memutuskan untuk menerima lelaki itu selagi identitinya tidak diketahui. Di Cameron Highlands, Mikail Amsyar melamar Farra Hani untuk menjadi suri dalam hatinya dan di Cameron Highlands juga identiti Farra Hani terbongkar.

“Eh, perempuan! Kau sedar tak selama ni aku benci kau? Boleh pula kau tayang wajah tak bersalah kau kepada aku. Kau boleh selamba aje dengar aku cerita pasal perasaan benci aku kepada perempuan yang dah hancurkan hidup adik aku masa kat Cameron. Dasar perempuan tak tahu malu. Tak ada maruah. Aku benci tengok kau. Aku benci tengok lakonan kau. Aku benci tengok kepura-puraan kau!” – Mikail Amsyar

Dalam kebencian, akhirnya Mikail Amsyar dan Farra Hani disatukan jua. Farra Hani tuduh Mikail Amsyar memerangkapnya. Mikail Amsyar pula menuduh Farra Hani. Mereka saling tuduh-menuduh. Kalau bukan mereka, siapa pula yang memerangkap mereka?

Setelah memastikan sesuatu, Farra Hani mula sedar siapa yang memerangkap mereka. Farra Hani reda dengan pernikahannya. Meskipun dia rasa bersalah kerana mengheret Mikail Amsyar dalam masalahnya, dia bersyukur kerana dia diperangkap dengan Mikail Amsyar. Bukan lelaki lain. Dia ikhlas menjadi isteri Mikail Amsyar.

Namun, ikhlaskah Mikail Amsyar untuk menerima Farra Hani sebagai isterinya? Bisakah dia memaafkan Farra Hani setelah apa yang gadis itu lakukan kepada keluarganya? Layakkah Farra Hani untuk memiliki cintanya?


*pfttt novel ni mmg terbaik
Ada campuran elemen dendam, kasih sayang, benci, sedih, cinta, kejujuran, hasad dengki yg diolah dgn baik sekali oleh penulis Azura Rasiddin .
Okeyh . Lepas ni kita review novel teman lelaki upahan, dengan isteri separuh masa pulak 

Sekian 
Salam sayang :
Atirah Ali :)

Monday, 26 January 2015

Bicara Hati 2 - Damya Hanna

hye uolls .told u what ..bicara hati ada sambungan dah sekarang ..grab ur novel now oke ..nah sinopsis dia utk sape yg nak review tu

"setia ke akhir hayat!" itulah ikrar Zahlia dan Tengku Syahran sejak mereka jatuh cinta selepas nikah. Setiap saat, mereka berdoa agar kasih sayang itu terus mekar.
Namun, setelah hampir lima tahun menyulam bahagia, rumah tangga Tengku Syahran dan Zahlia diuji lagi. Badai yang melanda melukakan dua hati. Zahlia menderita. Tengku Syahran pula merana. Biarpun pahit untuk ditelan, mereka pasrah menerima segala yang tersurat.
Bagi Zahlia, sungguhpun reda, hatinya tak pernah ikhlas. Dia sering menyalahkan diri sendiri. Lantaran itu, rumah tangganya mulai goyah. Warna-warna ceria yang selama ini menghiasi hidupnya, sekelip mata menjadi suram.
Tengku Syahran memendam rasa. Gelisah di jiwanya tiada siapa yang mengerti. Sebagai suami, salahkah jika dia mahu meminta hak dan perhatian daripada seorang isteri?