jom kita masuk ke alam kerjaya seorang Pakar Psikoterapi
sinopsis:
Tugas sebagai seorang Pakar Psikoterap menemukan Rania Baheera dengan seorang duda tampan dan segak bergaya bernama Irham Zahri. duda yang seorang ini benar-benar menayakitkan kepala. mana tidaknya? tiga kali berkahwin, tiga kali juga Irham Zahri bercerai tanpa sebab! dan keengganan untuk bekerjasama dalam setiap sesi terapi yang diaturkan menambahkan rasa sebal di hati Rania.
Hati yang rimas bergetar indah tatkala kehadiran Rania berjaya menghapus bayang-bayang silam dan menyuntik keyakinan buat diri Irham Zahri. usaha meraih kepercayaan Rania membuahkan hasil apabila cinta yang dihulur disambut dengan penuh kasih. Dan sekali lagi akad nikah meniti di bibir Irham Zahri dengan tekad yang perkahwinan ini akan menjadi yang terakhir. Tiada lagi selepas Rania
"Abang janji abang akan bahagiakan sayang sampai bila-bila. Selagi abang berrnyawa, selagi abang bernafas di dunia ini. abang janji sayang adalah cinta terakhir abang." -Irham Zahri
Tatkala dibuai keindahan alam berumah tangga, hubungan Rania dan Irham Zahri bergoncang dengan penuh perasaan syak wasangka, curiga dan cemburu buta. kehadiran Zalia yang menaruh dendam dan juga sikap melindungi Fazriq semakin menyukarkan laluan mereka menuju bahagia. Mampukah Akad yang dilafazkan menjadi akad yang terakhir yang kekal sehingga ke hujung nyawa.
nah belanja sikit gambonye...
p/s: jangan ragu2 utk membeli yer .. selamat membaca

No comments:
Post a Comment