TyRa ALi

SaYa SuKa NoVeL

Saturday, 30 August 2014

Akadku Yang Terakhir -Achik Lana

novel keluaran April 2014.
jom kita masuk ke alam kerjaya seorang Pakar Psikoterapi

sinopsis:

Tugas sebagai seorang Pakar Psikoterap menemukan Rania Baheera dengan seorang duda tampan dan segak bergaya bernama Irham Zahri. duda yang seorang ini benar-benar menayakitkan kepala. mana tidaknya? tiga kali berkahwin, tiga kali juga Irham Zahri bercerai tanpa sebab! dan keengganan untuk bekerjasama dalam setiap sesi terapi yang diaturkan menambahkan rasa sebal di hati Rania.

Hati yang rimas bergetar indah tatkala kehadiran Rania berjaya menghapus bayang-bayang silam dan menyuntik keyakinan buat diri Irham Zahri. usaha meraih kepercayaan Rania membuahkan hasil apabila cinta yang dihulur disambut dengan penuh kasih. Dan sekali lagi akad nikah meniti di bibir Irham Zahri dengan tekad yang perkahwinan ini akan menjadi yang terakhir. Tiada lagi selepas Rania

"Abang janji abang akan bahagiakan sayang sampai bila-bila. Selagi abang berrnyawa, selagi abang bernafas di dunia ini. abang janji sayang adalah cinta terakhir abang." -Irham Zahri

Tatkala dibuai keindahan alam berumah tangga, hubungan Rania dan Irham Zahri bergoncang dengan penuh perasaan syak wasangka, curiga dan cemburu buta. kehadiran Zalia yang menaruh dendam dan juga sikap melindungi Fazriq semakin menyukarkan laluan mereka menuju bahagia. Mampukah Akad yang dilafazkan menjadi akad yang terakhir yang kekal sehingga ke hujung nyawa.


nah belanja sikit gambonye...

p/s: jangan ragu2 utk membeli yer .. selamat membaca

Thursday, 7 August 2014

Kerana Terpaksa Aku Relakan

cerita dah abis baru aku nak update kan . haha . mungkin ada yang dah tengok cerita ni tapi masih ragu-ragu nak beli novel dia jan sebab taktau berbaloi ke tak . ok . meh nak habaq sikit. buku ni best and ok lah. jalan cerita dia akhir tu tak sama dengan dalam tv. jadi kalau nak tahu cerita yang ori boleh lah beli novel ni even dah tak tren ding . 
ha.. ni sinopsis dia
Angkara fitnah dan rancangan jahat emak dan kakak tiri, kehidupan bahagia Indah Halina musnah dengan sekelip mata. Dengan tiba-tiba dia menjadi gadis yang paling malang, sebatang kara dan tidak punya apa-apa.
Dalam kemelut kepayahan, rupanya Tuhan masih menyayanginya apabila dia mendapat perhatian dari seorang wanita kaya dan terhormat, Dato’ Safiya. Tanpa sebarang alasan, Indah Halina mendapat tempat teristimewa dalam hati wanita itu, lalu diberi kasih sayang dan kemewahan bagaikan anak sendiri.
Di rumah banglo itu, bermulanya kisah cinta dongeng di antara Indah Halina gadis kampung yang tidak punya apa-apa dengan Tajul Razin, si dia yang punya segalanya. Perhubungan yang mulanya dingin bertukar menjadi sangat indah apabila dalam hati penuh dengan bunga-bunga  segar berbau harum.
“Kalau layan abang mengantuk, tapi kalau fasal kucing laju aje cakap. Dengan kucing boleh kata rindu, dengan abang tak kata pun?”- Tajul Razin
Dilema cinta bermula apabila adik si jejaka, Tajul Fahin juga menagih cinta pada gadis yang sama. Kemunculan semula bekas tunang Indah Halina dan si gadis serba sempurna Ilyana makin merumitkan keadaan. Sikap ayah dan pakatan musuh juga membuatkan Indah Halina tersepit untuk membuat keputusan yang terpaksa…
“Errr… Abang Zen, kalau Indah jadi adik perempuan abang selama-lamanya boleh, kan?” – Indah Halina
“Kenapa sebut adik perempuan aje? Tak ada impian jadi isteri Abang Zen ke? Abang selalu berangan-angan suatu hari nanti Indah akan jadi suri hidup. Tak sama ke angan kita?” – Tajul Razin
macam biasa aku akan tunjukkan cover novel tu yer.. ha ni dia ..

3 tajul bersama indah -pelakon KTAR