TyRa ALi

SaYa SuKa NoVeL

Sunday, 6 July 2014

Curi-Curi Cinta - Siti Rosmizah (3C Story)

assalamualaikum . hai .
kita sambung book review lg yer .
kali ni nak buat review novel one of my favourite novelis . jeng jeng jeng ... siti rosmizah .
ni buku dia yang plg latest . tp dah keluar dari tahun lps lg . sedih cita ni .mcm biasa lah kan . siti rosmizah mmg pandai tarik emosi org . menangis-nangis baca buku ni . ok . ni sinopsis dia .

sinopsis
 "kalau dah susah sangat, hantar je kat rumah orang tua! lagipun bila adik kahwin nanti suami adik tu mestilah orang kaya jangan haraplah adik nak kahwin dengan orang miskin. orang kaya nak ke terima mak mentua macam tu? Abang Is, doa ajelah setiap hari biar Tuhan panjangkan umur Abang Is. jalankan tanggungjawab dulu jangan senang aje nak lepaskan beban kat orang lain!"

 Ya Allah! terkedu Iskandar mendengarnya. kenapa perangai adiknya sampai begitu rupa? biadap! kurang ajar! berlagak! sombong! itulah Intan Raihana. buang emak, buang saudara, dan kerana duit dia sanggup lakukan apa saja. perancangan diatur. Daniel Hakim harus menjadi miliknya!

"hei! kalaulah niat awak nak tackle saya, sebab berangan nak jadi bini orang kaya. mulai hari ni! detik ni! awak campak terus niat awak tu! sebab saya akan pastikan, sampai mati pun awak tak akan jadi isteri saya!" itu kata Daniel Hakim pada Intan Raihana. namun perancangan Tuhan tiada siapa boleh menghalangnya. 

"saya akan bertanggungjawab, Is. saya akan bernikah dengan Intan. itu janji saya". tegas jawapan Daniel. namun jelas kelukaan pada setiap patah katanya. dendam daniel berlingkar di hati. janjinya! Intan Raihana akan memamah segala perbuatannya nanti!

"kau ingat aku nak percaya lagi cerita bohong kau tu! aku tau kau dah terdesak nak ikut aku! kau goda aku! kau buat aku jatuh cinta dengan kau dan akhirnya aku tersungkur di kaki kau! aku akui memang aku dah cintakan kau! tapi dengan apa yang dah kau buat dekat aku! mulai saat ini, cinta aku dah mati buat kau! aku tak akan terima anak tu! sebab perempuan macam kau bukan saja tak layak jadi bini aku! tapi kau juga tak layak nak jadi ibu kepada anak aku! aku tak nak anak aku lahir dari rahim perempuan macam kau! hambur Daniel sepuasnya.

Ya Allah! luluh hati Intan mendengarnya. kejamnya lelaki ini? tanpa dapat dikawal air mata menitis tanpa henti.

"adik tahu memang manusia tak sempurna mak. sebab adik pernah buat kesilapan yang cukup besar dalam hidup adik. adik kecewakan mak, adik kecewakan Abang Is. tapi akhirnya adik berubah mak. dia janji nak mulakan hidup baru dengan adik. tapi mana janji dia mak? dia campak adik macam kucing kurap! adik benci dia mak! dik benci dia! dia tak layak jadi suami adik! lelaki ini dah mati dalam hidup adik!

kini Daniel Hakim memamah perbuatannya pula. terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata inilah padahnya! Curi-curi cinta, hanya itu yang mampu dilakukannya. hati Intan telah mati buatnya. berdoalah moga cinta Intan Raihana akan menjadi milinya jua...

end of sinopsis
nah macam biasa aku belanja gambar sikit .



atirah ali
pencinta novel 




No comments:

Post a Comment