TyRa ALi

SaYa SuKa NoVeL

Saturday, 12 July 2014

Cinta Kontrak - Nurul Ain Syuhada

assalamualaikum .
nak baca buku yang wataknye alim tpi brutal . nah cuba lah dapatkan buku ni ye .
ni sinopsis dia

sinopsis


"oi cicak kobeng! ayat aku tu! yang kau sibuk-sibuk ciplak buat harta sendiri pulak apehal? ayat aku tu milik aku secara rasmi tau tak!. aku semburkan ayat-ayatku di hadapan wajahnya.

Nur Alia Airysha, seorang gadis yang datang dari kampung ke kuala lumpur dengan niat untuk mengumpul duit demi keluarga dan membiayai kos pembelajarannya. dengan bantuan sahabat alongnya, Kak Yati, Airysha bekerja di sebuah butik terkemuka yang dimiliki oleh Datin Aleeya. 

Muhammad Danial Franz, seorang pemuda kacukan Perancis yang berkelulusan dari luar negara kembali ke Malaysia dan bekerja di bawah papanya, Dato' Eddy di sebuah syarikat besar. 
takdir menemukan Airysha yang brutal dengan Danial yang ego di butik mami Danial, Datin Aleeya! Danial cuba mendapatkan Aitysha tanpa merendahkan egonya.

Danial membawa Airysha untuk bertemu orang tuanya untuk dikahwinkan. tetapi perkahwinan ini bersyarat. kontrak yang direka oleh Danial dipandang remeh oleh Airysha.

Di saat nikah hampir tiba, Airysha menyusun strategi untuk lari! Airysha imengambil keputusan untuk membatalkan kontrak tersebut. lantas sekeping kertas yang tertera kontraknya, dibuang. apa yang bakal terjadi seterusnya? adakah perkahwinan masih diteruskan? bagaimana kehidupan Airysha selepas ini. bahagiakah dia? bagaimana pula penerimaan Danial terhadap perangai brutal Airysha? bila senduk bertemu kuali, bila api bertemu sumbu bom, apa yang bakal terjadi?

"Kontrak!kontrak!kontrak! itu je yang kau tau nak sebut? yelah!yelah! aku yang buang. aku tak puas hati dengan syarat-syarat dia. ada ke aku sebagai perempuan kena tidur atas sofa? kau ni manusia takde hati, takde perut!" selorohku. dalam masa yang sama, aku cuba melepaskan diri daripada rangkulannya. Danial merengus perlahan. 

end of sinopsis.
terbaik cerita ni . hint sikit . dia dpt anak quadrant . perghh . hebat
opss . buku ni dah lama diterbitkan tapi bg sapa yang nak beli tu boleh je lagi . aku baca pun waktu form five means taun 2012
nah . belanja cover buku sikit.






Sunday, 6 July 2014

Curi-Curi Cinta - Siti Rosmizah (3C Story)

assalamualaikum . hai .
kita sambung book review lg yer .
kali ni nak buat review novel one of my favourite novelis . jeng jeng jeng ... siti rosmizah .
ni buku dia yang plg latest . tp dah keluar dari tahun lps lg . sedih cita ni .mcm biasa lah kan . siti rosmizah mmg pandai tarik emosi org . menangis-nangis baca buku ni . ok . ni sinopsis dia .

sinopsis
 "kalau dah susah sangat, hantar je kat rumah orang tua! lagipun bila adik kahwin nanti suami adik tu mestilah orang kaya jangan haraplah adik nak kahwin dengan orang miskin. orang kaya nak ke terima mak mentua macam tu? Abang Is, doa ajelah setiap hari biar Tuhan panjangkan umur Abang Is. jalankan tanggungjawab dulu jangan senang aje nak lepaskan beban kat orang lain!"

 Ya Allah! terkedu Iskandar mendengarnya. kenapa perangai adiknya sampai begitu rupa? biadap! kurang ajar! berlagak! sombong! itulah Intan Raihana. buang emak, buang saudara, dan kerana duit dia sanggup lakukan apa saja. perancangan diatur. Daniel Hakim harus menjadi miliknya!

"hei! kalaulah niat awak nak tackle saya, sebab berangan nak jadi bini orang kaya. mulai hari ni! detik ni! awak campak terus niat awak tu! sebab saya akan pastikan, sampai mati pun awak tak akan jadi isteri saya!" itu kata Daniel Hakim pada Intan Raihana. namun perancangan Tuhan tiada siapa boleh menghalangnya. 

"saya akan bertanggungjawab, Is. saya akan bernikah dengan Intan. itu janji saya". tegas jawapan Daniel. namun jelas kelukaan pada setiap patah katanya. dendam daniel berlingkar di hati. janjinya! Intan Raihana akan memamah segala perbuatannya nanti!

"kau ingat aku nak percaya lagi cerita bohong kau tu! aku tau kau dah terdesak nak ikut aku! kau goda aku! kau buat aku jatuh cinta dengan kau dan akhirnya aku tersungkur di kaki kau! aku akui memang aku dah cintakan kau! tapi dengan apa yang dah kau buat dekat aku! mulai saat ini, cinta aku dah mati buat kau! aku tak akan terima anak tu! sebab perempuan macam kau bukan saja tak layak jadi bini aku! tapi kau juga tak layak nak jadi ibu kepada anak aku! aku tak nak anak aku lahir dari rahim perempuan macam kau! hambur Daniel sepuasnya.

Ya Allah! luluh hati Intan mendengarnya. kejamnya lelaki ini? tanpa dapat dikawal air mata menitis tanpa henti.

"adik tahu memang manusia tak sempurna mak. sebab adik pernah buat kesilapan yang cukup besar dalam hidup adik. adik kecewakan mak, adik kecewakan Abang Is. tapi akhirnya adik berubah mak. dia janji nak mulakan hidup baru dengan adik. tapi mana janji dia mak? dia campak adik macam kucing kurap! adik benci dia mak! dik benci dia! dia tak layak jadi suami adik! lelaki ini dah mati dalam hidup adik!

kini Daniel Hakim memamah perbuatannya pula. terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata inilah padahnya! Curi-curi cinta, hanya itu yang mampu dilakukannya. hati Intan telah mati buatnya. berdoalah moga cinta Intan Raihana akan menjadi milinya jua...

end of sinopsis
nah macam biasa aku belanja gambar sikit .



atirah ali
pencinta novel 




Saturday, 5 July 2014

Cinta Masam Manis - Wardina Aisyah

assalamualaikum . hai .
ni review untuk novel yang seterusnya .

aku pun dah tak bape nak ingat tentang novel ni .

sinopsis .
       kemalangan kecil menjadi detik pertemuan Qisya dan Tengku Danish. dari situ terjadilah perang antara merka berdua, bagaikan Tom and Jerry. Qisya memberi gelaran 'Bapak Jin' kepada Tengku Danish. manakal Tengku Danish pula menggelar Qisya 'Perempuan Gila'. mereka pasti bertengkar setiap kali bersua muka.
               
     "hoi...cik! awak tak tahu memandu ke?" 
       
  "excuse me? saya tak tahu memandu? helo encik... jangan nak tuduh sembarangan tau! saya yang tak tau! saya yang tak tahu memandu atau awak yang tak pandu dengan cermat? kalau dah rasa diri tu bersalah, jangan nak tuding jari pada orang lain pulak. mentang-mentang awak pakai kereta besar, jangan ingat awak tu hebar sangat"

namun, tiadaseorang pun antara mereka menduga itulah yang telah mengikat mereka menjadi pasangan suami isteri disebabkan satu tragedi. bahagiakah Qisya dan Tengku Danish  melayari bahtera rumah tangga sedangkan dalam hati Tengku Danish terpahat kemas nama Intan Natasha?

Jom kita rasa 'masam manis' yang terjadi dalam rumah tangga 'Bapak Jin' dan ,Perempuan Gila' ini



end of sinopsis .
aku berjaya habiskan tanpa skip page . yeay .. done 

atirah ali

Thursday, 3 July 2014

My Precious Iris - Melur Jelita

hai. assalamualaikum.
 sebelum pergi lebih jauh untuk entry ini, nak bagitau skit. Sebenarnya novel ini adalah sambungan novel I Love U Stupid kerja Bajet Brilliance. sapa kipas-susah-mati i love u stupid tu boleh lah baca novel ni
sinopsis.

  Dengan hati yang ikhlas sentiasa mengingati Allah, langit runtuh pun aku tak takut!
         Kisah kehidupan yang penuh warna. tanpa iman dan kasih sayang, jiwa manusia sangat menderita di dalam  kolam hati. seumpama perahu kertas yang belayar di lautan luas. betapa rapuh dan lemahnya sehelai kertas menahan asakan dari gelombang. manusia adalah apa yang mahu dipercayai dan apa yang dipercayai. hanya berpegang kepada iman dan kasih sayang adalah sinar cahaya yang ditemui Iris terus digenggamnya? siapakah lelaki yang berjaya menakluki Iris? mampukah hidup yang hanya berbekalkan dengan kejujuran menghalang rama-rama Iris daripada terus terbang bebas? ketika Iris menyedari dia mesti berjuang untuk terus hidup, maka bagaimanakah akhirnya seorang Iris?

"kaya raya sampai langit ketujuhsekali pun , saya tak hairan. 'tak payahlah nak  beritahu semua orang jutawan satu di Malaysia, ada rumah persinggahan di seluruh dunia, francais beribu-ribu satu alam, harta berbilion, berpangkat Tengku, Tan Sri atau Tun sekali kalau tak diescort dengan polis trafik, tak payah berlagak sangat. itu maknanya tak cukup kaya dan tak cukup hebat, jangan nak bangga sangat dengan  boy-frieand awak tu! sebatang jarum pun tak boleh dibawa mati!"- FIRMAN

"I ada  tiga cadangan nama baby. Cullan-Gaelic meaning spirit of God and handsome, Gavin-Wales, a fierce and strong warrior. they're unique and yet go perfectly with the Irish last name. tapi nama yang yang paling memukau nama Aidan dan Iris itu sendiri, apa saja  mengenai Iris sentiasa mengingatkan I ketika di Dublin, Ireland. "- Aidan

". you tak ada apa-apa perasaan kat I sebab you dah ada orang lain Jenis saya tidak tahu cara seorang gadis seperti anda Denga lelaki tidak pernah puas ...." - Haris

           Saya diberi gelaran berharga saya ... sejak awal pertemuan kami ... dia cuba untuk menerangkan kepada saya dengan cara halus ... Saya sangat berharga sebagai seorang perempuan, dan saya perlu menyimpan anugerah itu. - IRIS

akhir sinopsis.
nah penutup buku kecil expensesrelated