Assalamualaikum dan salam sejahtera,
kali ni aku nak bercerita mengenai buku yang baru keluar dan sudah berada di pasaran. Buku yang telah menjadi keluaran bestseller walaupun baru diterbitkan.
Pencetus Kebangkitan Ummah Ahmad Ammar : Satu Kematian
Yang Hidup legasi 1993-2013
Buku ni bukanlah untuk terlampau mengagungkan seseorang tu. Ianya hanyalah untuk kita menelusuri perjuangan Sehidimiz Ahmad Ammar untuk memartabatkan kembali Islam. Buku ini amat menarik untuk dibaca terutama oleh golongan muda untuk menyambung perjuangan Sehidimiz Ahmad Ammar.
Malahan buku ini bukan sahaja mengupas mengenai arwah Ahmad Ammar sahaja, bahkan juga mengenai cara kehidupan Islam yang Ad-din. Motivasi untuk golongan muda, malahan menceritakan tentang kegemilangan Islam suatu masa dahulu. Oh ya, buku ini juga ada juga menceritakan tentang untuk menjadi seorang Islam sejati.
Akhir penutup untuk entry kali ni, aku berharap janganlah anak remaja zaman sekarang terus menunuduk pada kekalahan. Teruskan perjuangan dan teguhkan iman mu.
# buku mengenai sehidimiz Ahmad Ammar ada dua. boleh dapatkan di kedai berhampiran#
No comments:
Post a Comment