TyRa ALi

SaYa SuKa NoVeL

Monday, 22 December 2014

stpm : the way u are


Dah abis berzaman dah kisah aku abis stpm ni, tp let me story the experience being a form six student .
Well, i'm being a form six tudent after i rejected uitm ..yah ..ur guys .dapat uitm tu. Happy tak terkira time dpt tau ni ..but i dunno how .last2 tercampak jd student form six jugak . Tapi redha je ..mungkin ada hikmah yg Allah tetapkan kan?
Cabaran student form six
Oh, byk sekali dear. Bayangkan je la dia punya buku tiap sem tebal2 tau, lgpun kan org ada cakap stpm ni exam kelima tersusah di dunia ..huuuu .kira sape amek dia mmg hebat la kan ..look .tu tak kira hebat ke? Abis tu kenapa ada lg yg dok pandang rendah kat kami yg amek stpm ni ha ..sebab kena pakai baju sekolah ..huh ..c'mon la .skrg form six dah berpusat kot .mcm matriks. Masuk kelas pun dah pukul 8 sekarang. 8 pagi ok ..

Ape lagi ye, ha ni nak bagitau. Stpm ni pun cpt jugak untuk dpt masuk u tau.
 Ok, honestly kalau tanya seronok ke masuk form six ni. Jawapannya seronok sgt. Sebab byk benda yg boleh dpt time belajar pengajian am (p.am) tu.siyesly .kita belajar pasal negara kita .kita belajar pasal negara luar, same goes too sejarah. Tapi make sure,awak pilih sekolah yg tepat utk awak ye. Bukan ape selalunya kita kena pilih sekolah yg sesuai ngan keadaan kita ..persekitaran tu mempengaruhi mood kita belajar, dan aku pun teringat pesanan seorang cg ni,

Mama Mastura, dia cakap
'waktu spm ye tgok siapa yg pandai dia dapat result baik, tapi untuk stpm ni tak tengok siapa pandai tapi siapa yg rajin untuk dapat result yg baik'
*waktu ni dah tercadang2 nak apply diploma uitm balik*

Kesimpulan dari nasihat ni, kalau dah amek je stpm ni mmg kena pulun habis2 la jangan dok main2 dah. Ni jalan terakhir awak semua untuk masuk u. I mean dgn cara yg pantas la. Lgpun takkan awak nak membazir dua tahun belajar stpm last2 nak kena amek dip blk kan ..
Banyak betul aku cakap kan ..haha

Tapi ni nak habaq mai skit la ..toksah aihh dok takut2 amek stpm, masuk je .ye la,  sometimes kita tak tau ape yg Allah rancang kat kita kan. Bila result spm tak bape elok, jgn malaih sgt nak belajaq, putus asa cepat sgt mu pun, amek je stpm sbb bila habis stpm dpt sijil gaji lg tinggi dr spm tau. Tah2 mana tau dapat result stpm cemerlang boleh pulak sambung degree pastu master, pastu p.h.d.. Tak gitu yedak

P/s : alhamdulillah berjaya tamatkan stpm lps berjaya amek exam sem 3.tak percaya kot. Tapi tu la kenyataan ye. Padahal lg tiga minggu nak exam boleh pulak decide nak behenti .hohohoho ..berapa kali asyik pk nak behenti je stpm ni. Saya tak kuat semangat. So awak yg kuat semangat tu bolehla amek stpm

salam sayang :
atirah ali

Saturday, 6 December 2014

Cinta Sambal Belacan - Junie Octovian

Pelbagai taktik yang digunakan Tengku Azri untuk membuli Lily Athira yang diambil Puan Adila menjadi anak angkat apabila ibunya, Mak Esah meninggal dunia akibat darah tinggi. Bagi menguji kepandaian dab kecekapan gadis itu, Tengku Azri sanggup merujuk majalah resipi dan meminta gadis itu memasak menu pilihannya termasuklah membuat pelbagai jenis sambal belacan walaupun dia sendiri tidak pandai memakannya. Puan Adila yang sudah jatuh hati dengan gadis lepasan SPM itu berkeras mahukan gadis iti sebagai menantu. Tengku Azri yang memang tidak pernah melawan cakap mamanya menerima sahaja walaupun di sebalik itu ada perjanjian. Namun akhirnya perjanjian yang dibuat itu memakan diri. Dapatkah Tengku Azri memikatnya kembali.

Puan Adila 
"Tok umi tu dari dulu dah sibuk nak jodohkan Lily dengan pak su, tapi mama tak layan kehendaknya sebab mama nak Lily jadi isteri Ayir. Tapi kalau Ayie rasa dia tak sesuai dengan selera Ayie, mama tak boleh paksa. Kalau Ayie pilih Azzah tu, eloklah lepas kahwin nanti Ayie tinggal denggan keluarga dia"

Tengku Azri
Nampaknya gadis itu sudah pun melepasi tahap bulinya. Apa yang diarah semua dia tahu membuatnya. Apa lagi hendak dilakukan untuk menguji kepandaian dan kecekapan gadis itu?

Lily Athira
Sepanjang dia mengurus anak bujang Puan Adila, Tengku Azri diperhati hanya suka membulinya dengan kerja-kerja rumah. Kalau dibulinya aku setelah berkahwin nanti macam mana?

TAMAT

harga pasaran: RM 22.90
 

Thursday, 27 November 2014

Bila Hati Berbicara - Antasya Balkis

assalmualaikum, hai ..lama dah tak update sinipsis novel yanhmg tengah 'laris' sekarang nikan, la yerr, teman ada exam last 3 weeks .baru je habis ni ha ..sape2 yg tgh tertunggu tu ni saya belanja satu sinopsis hari ni yerr. sori lambat

sinopsis
Emir Qasya adalah seorang lelaki muda bergelar jutawan. Kisah hidupnya selalu diintai wartawan kerana dia dukenali sebagai salah seorang selebriti yang paling popular di malaysia.
Emir Qasya amat mementingkan darjat dan keturunan dalam memilih calon isteri supaya setaraf dengan kedudukannya. Dalam masa yang sama, Emir Qasya berjumpa dengan seorang perempuan bernana Tania Katsura di dalam keadaan yang tidak terduga di kawasan rumah setinggan yang diberi nama Lembah Jingga.
Emir Qasya yang merasakan Tania Katsura seorang perempuan yang istimewa tetapi dia selalu menafikan hatinya jatuh cinta dengan Tania Katsura kerana dia merasakan yang Tania Katsura tidak memenuhi ciri-ciri perempuan yang layak menjadi isterinya. Tetali dia sendiri akhirnya memerangkap Tania Katsura dalam perkahwinan terpaksa kerana cabaran Badri Fathul sahabatnya.
Sesuatu telah berlaku dalam perkahwinan mereka kerana fitnah dan dendam taufik terhadap Tania Katsura. Tetapi kerana fitnah itu juga hubungan mereka yang retak kembali bertaut.

"Dulu Emir selalu menafikan yang Emir akhirnya jatub cinta dengan perempuan biasa tetapi cukup istimewa sekali. Emir harapkan bertemu cinta denga perempuan yang boleh mengoncang dunia tapi Emir lupa yang jodoh itu di tanga TUHAN. Jadi Emir cuba membenci Nia, tapi semakin benci... Emir sendiri tak dapat mengawal perasaan yang Emir mahukan Nia. Bukan perempuan lain" ~EMIR QASYA
 
"awak bohong Emir. Awak pamerkan diri awak yang kasanova dengan perempuan lain tapu dengan saya... awak jadi lelaki yang tak ada perasaan. Apa salah saya pada awak? Hanya kerana awak pernah berbudi kepada saya makna awak bebas melukakan hati saya? ~TANIA KATSURA
 
"kebahagiaan yang kau bina di atas kekecewaan aku tak akan bertahan lama, Nia. Kau haris ingat tu! ~TAUFIK


 
lama dah tak update sinipsis novel yang tengah 'laris' sekarang nikan, la yerr, teman ada exam last 3 weeks .baru je habis ni ha ..sape2 yg tgh tertunggu tu ni saya belanja satu sinopsis hari ni yerr. sori lambat. Buku ni aku dah penah baca waktu aku form 2 hampir empat kali .tp waktu tu sewa n pinjam2 je.. Kali ni aku beli sendiri ..oh yeaaahhh
 
salam sayang
tyra ali
 
 

Saturday, 4 October 2014

Seteguh Fayqa -Hanina Abdullah

oh yeah .bertemu kembali ke kita.. One more book review yg baru release cetakan pertama ogos 2104

SETEGUH FAYQA

 LARA LYANA, gadis yang mempunyai latar belakang yang misteri, tersadai di rumah kawan baiknya, Dzahim. Hidup di bawah satu bunbung dengan keluarga Haji Dzulqarnain yang ceria dan penyayang membuatkan dia terasa seperti kehilangan keluarganya sendiri.
Dzariff, si abang yang sentiasa berprasangka negatif tentang Fayqa menjadikan hidupnya lintang-pukang. Dzariff ataupun digelar jeneral sengal sering menganggu hidupnya dengan arahan dan aksi yang tidak masuk akal. Fayqa yang teguh dapat bertahan dengan sikap sengal si abang.
"why is that my reproductive part always become your point attack?" -DZARIFF
"sorry. Mulut awak tak ada insurans" -FAYQA
jodoh datang tanpa dirancang. Fayqa tidak sangka si jeneral sengal rupa-rupanya ada hati terhadapnya. Bercinta? Jauh sekali. Atas nasihat ibunya, Fayqa menerima lamaran yang tiba-tiba hadir. Lalu bermulah kehidupan yang manos namun tidak dapat lari daripada dugaan yang melanda.
"saya tak sebut nama sesiapa pun. Saya tak tuduh sesiapa pun. Yang saya nampak awak yang beria-ia hendak lindungi orang itu. Kenapa?" - FAYQA
"Faye, can you hear what you are saying? Inilah sebabnya abang suruh Faye move on. Sekarang Faye curiga dengan abang, tuduh abang nak lindungi orang tu. faye namapak tak negativity breeds more negativity" -DZARIFF
Fayqa yang naif, tidak pandai cemburu, tidak pandai zbersangka buruk. Namun apabila satu peristiwa hitam menimoanya, dia sedar dia perlu bertindak, berserah? Tidak sama sekali apabila kebahagiaan rumah tangganya menjadi taruhan. Akal digunakan untuk menggelakkan sebuah kehancuran.
Apabila orang tua memberikan nasihat supaya banyak bersabar selepas berkahwin, dia tidak sangka hingga ke tahap ini seorang isteri perlu bersabar. Sejauh manakah Fayqa dapat bertahan?



ok .sapa yang dah baca buku 'projek memikat suami' dan 'kisah naz dan khalish' ini dia buah tangan terbaru novelis Hanina Abdullah yang ketiga.
bagi kipas-susah-mati Hanina Abdullah jangan lupa untuk dapatkan yerkk .sekarang dekat popular tengah diskaun untuk ahli .REBATE 20% uolls.
ok sekian terima kasih


Saturday, 30 August 2014

Akadku Yang Terakhir -Achik Lana

novel keluaran April 2014.
jom kita masuk ke alam kerjaya seorang Pakar Psikoterapi

sinopsis:

Tugas sebagai seorang Pakar Psikoterap menemukan Rania Baheera dengan seorang duda tampan dan segak bergaya bernama Irham Zahri. duda yang seorang ini benar-benar menayakitkan kepala. mana tidaknya? tiga kali berkahwin, tiga kali juga Irham Zahri bercerai tanpa sebab! dan keengganan untuk bekerjasama dalam setiap sesi terapi yang diaturkan menambahkan rasa sebal di hati Rania.

Hati yang rimas bergetar indah tatkala kehadiran Rania berjaya menghapus bayang-bayang silam dan menyuntik keyakinan buat diri Irham Zahri. usaha meraih kepercayaan Rania membuahkan hasil apabila cinta yang dihulur disambut dengan penuh kasih. Dan sekali lagi akad nikah meniti di bibir Irham Zahri dengan tekad yang perkahwinan ini akan menjadi yang terakhir. Tiada lagi selepas Rania

"Abang janji abang akan bahagiakan sayang sampai bila-bila. Selagi abang berrnyawa, selagi abang bernafas di dunia ini. abang janji sayang adalah cinta terakhir abang." -Irham Zahri

Tatkala dibuai keindahan alam berumah tangga, hubungan Rania dan Irham Zahri bergoncang dengan penuh perasaan syak wasangka, curiga dan cemburu buta. kehadiran Zalia yang menaruh dendam dan juga sikap melindungi Fazriq semakin menyukarkan laluan mereka menuju bahagia. Mampukah Akad yang dilafazkan menjadi akad yang terakhir yang kekal sehingga ke hujung nyawa.


nah belanja sikit gambonye...

p/s: jangan ragu2 utk membeli yer .. selamat membaca

Thursday, 7 August 2014

Kerana Terpaksa Aku Relakan

cerita dah abis baru aku nak update kan . haha . mungkin ada yang dah tengok cerita ni tapi masih ragu-ragu nak beli novel dia jan sebab taktau berbaloi ke tak . ok . meh nak habaq sikit. buku ni best and ok lah. jalan cerita dia akhir tu tak sama dengan dalam tv. jadi kalau nak tahu cerita yang ori boleh lah beli novel ni even dah tak tren ding . 
ha.. ni sinopsis dia
Angkara fitnah dan rancangan jahat emak dan kakak tiri, kehidupan bahagia Indah Halina musnah dengan sekelip mata. Dengan tiba-tiba dia menjadi gadis yang paling malang, sebatang kara dan tidak punya apa-apa.
Dalam kemelut kepayahan, rupanya Tuhan masih menyayanginya apabila dia mendapat perhatian dari seorang wanita kaya dan terhormat, Dato’ Safiya. Tanpa sebarang alasan, Indah Halina mendapat tempat teristimewa dalam hati wanita itu, lalu diberi kasih sayang dan kemewahan bagaikan anak sendiri.
Di rumah banglo itu, bermulanya kisah cinta dongeng di antara Indah Halina gadis kampung yang tidak punya apa-apa dengan Tajul Razin, si dia yang punya segalanya. Perhubungan yang mulanya dingin bertukar menjadi sangat indah apabila dalam hati penuh dengan bunga-bunga  segar berbau harum.
“Kalau layan abang mengantuk, tapi kalau fasal kucing laju aje cakap. Dengan kucing boleh kata rindu, dengan abang tak kata pun?”- Tajul Razin
Dilema cinta bermula apabila adik si jejaka, Tajul Fahin juga menagih cinta pada gadis yang sama. Kemunculan semula bekas tunang Indah Halina dan si gadis serba sempurna Ilyana makin merumitkan keadaan. Sikap ayah dan pakatan musuh juga membuatkan Indah Halina tersepit untuk membuat keputusan yang terpaksa…
“Errr… Abang Zen, kalau Indah jadi adik perempuan abang selama-lamanya boleh, kan?” – Indah Halina
“Kenapa sebut adik perempuan aje? Tak ada impian jadi isteri Abang Zen ke? Abang selalu berangan-angan suatu hari nanti Indah akan jadi suri hidup. Tak sama ke angan kita?” – Tajul Razin
macam biasa aku akan tunjukkan cover novel tu yer.. ha ni dia ..

3 tajul bersama indah -pelakon KTAR



Saturday, 12 July 2014

Cinta Kontrak - Nurul Ain Syuhada

assalamualaikum .
nak baca buku yang wataknye alim tpi brutal . nah cuba lah dapatkan buku ni ye .
ni sinopsis dia

sinopsis


"oi cicak kobeng! ayat aku tu! yang kau sibuk-sibuk ciplak buat harta sendiri pulak apehal? ayat aku tu milik aku secara rasmi tau tak!. aku semburkan ayat-ayatku di hadapan wajahnya.

Nur Alia Airysha, seorang gadis yang datang dari kampung ke kuala lumpur dengan niat untuk mengumpul duit demi keluarga dan membiayai kos pembelajarannya. dengan bantuan sahabat alongnya, Kak Yati, Airysha bekerja di sebuah butik terkemuka yang dimiliki oleh Datin Aleeya. 

Muhammad Danial Franz, seorang pemuda kacukan Perancis yang berkelulusan dari luar negara kembali ke Malaysia dan bekerja di bawah papanya, Dato' Eddy di sebuah syarikat besar. 
takdir menemukan Airysha yang brutal dengan Danial yang ego di butik mami Danial, Datin Aleeya! Danial cuba mendapatkan Aitysha tanpa merendahkan egonya.

Danial membawa Airysha untuk bertemu orang tuanya untuk dikahwinkan. tetapi perkahwinan ini bersyarat. kontrak yang direka oleh Danial dipandang remeh oleh Airysha.

Di saat nikah hampir tiba, Airysha menyusun strategi untuk lari! Airysha imengambil keputusan untuk membatalkan kontrak tersebut. lantas sekeping kertas yang tertera kontraknya, dibuang. apa yang bakal terjadi seterusnya? adakah perkahwinan masih diteruskan? bagaimana kehidupan Airysha selepas ini. bahagiakah dia? bagaimana pula penerimaan Danial terhadap perangai brutal Airysha? bila senduk bertemu kuali, bila api bertemu sumbu bom, apa yang bakal terjadi?

"Kontrak!kontrak!kontrak! itu je yang kau tau nak sebut? yelah!yelah! aku yang buang. aku tak puas hati dengan syarat-syarat dia. ada ke aku sebagai perempuan kena tidur atas sofa? kau ni manusia takde hati, takde perut!" selorohku. dalam masa yang sama, aku cuba melepaskan diri daripada rangkulannya. Danial merengus perlahan. 

end of sinopsis.
terbaik cerita ni . hint sikit . dia dpt anak quadrant . perghh . hebat
opss . buku ni dah lama diterbitkan tapi bg sapa yang nak beli tu boleh je lagi . aku baca pun waktu form five means taun 2012
nah . belanja cover buku sikit.






Sunday, 6 July 2014

Curi-Curi Cinta - Siti Rosmizah (3C Story)

assalamualaikum . hai .
kita sambung book review lg yer .
kali ni nak buat review novel one of my favourite novelis . jeng jeng jeng ... siti rosmizah .
ni buku dia yang plg latest . tp dah keluar dari tahun lps lg . sedih cita ni .mcm biasa lah kan . siti rosmizah mmg pandai tarik emosi org . menangis-nangis baca buku ni . ok . ni sinopsis dia .

sinopsis
 "kalau dah susah sangat, hantar je kat rumah orang tua! lagipun bila adik kahwin nanti suami adik tu mestilah orang kaya jangan haraplah adik nak kahwin dengan orang miskin. orang kaya nak ke terima mak mentua macam tu? Abang Is, doa ajelah setiap hari biar Tuhan panjangkan umur Abang Is. jalankan tanggungjawab dulu jangan senang aje nak lepaskan beban kat orang lain!"

 Ya Allah! terkedu Iskandar mendengarnya. kenapa perangai adiknya sampai begitu rupa? biadap! kurang ajar! berlagak! sombong! itulah Intan Raihana. buang emak, buang saudara, dan kerana duit dia sanggup lakukan apa saja. perancangan diatur. Daniel Hakim harus menjadi miliknya!

"hei! kalaulah niat awak nak tackle saya, sebab berangan nak jadi bini orang kaya. mulai hari ni! detik ni! awak campak terus niat awak tu! sebab saya akan pastikan, sampai mati pun awak tak akan jadi isteri saya!" itu kata Daniel Hakim pada Intan Raihana. namun perancangan Tuhan tiada siapa boleh menghalangnya. 

"saya akan bertanggungjawab, Is. saya akan bernikah dengan Intan. itu janji saya". tegas jawapan Daniel. namun jelas kelukaan pada setiap patah katanya. dendam daniel berlingkar di hati. janjinya! Intan Raihana akan memamah segala perbuatannya nanti!

"kau ingat aku nak percaya lagi cerita bohong kau tu! aku tau kau dah terdesak nak ikut aku! kau goda aku! kau buat aku jatuh cinta dengan kau dan akhirnya aku tersungkur di kaki kau! aku akui memang aku dah cintakan kau! tapi dengan apa yang dah kau buat dekat aku! mulai saat ini, cinta aku dah mati buat kau! aku tak akan terima anak tu! sebab perempuan macam kau bukan saja tak layak jadi bini aku! tapi kau juga tak layak nak jadi ibu kepada anak aku! aku tak nak anak aku lahir dari rahim perempuan macam kau! hambur Daniel sepuasnya.

Ya Allah! luluh hati Intan mendengarnya. kejamnya lelaki ini? tanpa dapat dikawal air mata menitis tanpa henti.

"adik tahu memang manusia tak sempurna mak. sebab adik pernah buat kesilapan yang cukup besar dalam hidup adik. adik kecewakan mak, adik kecewakan Abang Is. tapi akhirnya adik berubah mak. dia janji nak mulakan hidup baru dengan adik. tapi mana janji dia mak? dia campak adik macam kucing kurap! adik benci dia mak! dik benci dia! dia tak layak jadi suami adik! lelaki ini dah mati dalam hidup adik!

kini Daniel Hakim memamah perbuatannya pula. terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata inilah padahnya! Curi-curi cinta, hanya itu yang mampu dilakukannya. hati Intan telah mati buatnya. berdoalah moga cinta Intan Raihana akan menjadi milinya jua...

end of sinopsis
nah macam biasa aku belanja gambar sikit .



atirah ali
pencinta novel 




Saturday, 5 July 2014

Cinta Masam Manis - Wardina Aisyah

assalamualaikum . hai .
ni review untuk novel yang seterusnya .

aku pun dah tak bape nak ingat tentang novel ni .

sinopsis .
       kemalangan kecil menjadi detik pertemuan Qisya dan Tengku Danish. dari situ terjadilah perang antara merka berdua, bagaikan Tom and Jerry. Qisya memberi gelaran 'Bapak Jin' kepada Tengku Danish. manakal Tengku Danish pula menggelar Qisya 'Perempuan Gila'. mereka pasti bertengkar setiap kali bersua muka.
               
     "hoi...cik! awak tak tahu memandu ke?" 
       
  "excuse me? saya tak tahu memandu? helo encik... jangan nak tuduh sembarangan tau! saya yang tak tau! saya yang tak tahu memandu atau awak yang tak pandu dengan cermat? kalau dah rasa diri tu bersalah, jangan nak tuding jari pada orang lain pulak. mentang-mentang awak pakai kereta besar, jangan ingat awak tu hebar sangat"

namun, tiadaseorang pun antara mereka menduga itulah yang telah mengikat mereka menjadi pasangan suami isteri disebabkan satu tragedi. bahagiakah Qisya dan Tengku Danish  melayari bahtera rumah tangga sedangkan dalam hati Tengku Danish terpahat kemas nama Intan Natasha?

Jom kita rasa 'masam manis' yang terjadi dalam rumah tangga 'Bapak Jin' dan ,Perempuan Gila' ini



end of sinopsis .
aku berjaya habiskan tanpa skip page . yeay .. done 

atirah ali

Thursday, 3 July 2014

My Precious Iris - Melur Jelita

hai. assalamualaikum.
 sebelum pergi lebih jauh untuk entry ini, nak bagitau skit. Sebenarnya novel ini adalah sambungan novel I Love U Stupid kerja Bajet Brilliance. sapa kipas-susah-mati i love u stupid tu boleh lah baca novel ni
sinopsis.

  Dengan hati yang ikhlas sentiasa mengingati Allah, langit runtuh pun aku tak takut!
         Kisah kehidupan yang penuh warna. tanpa iman dan kasih sayang, jiwa manusia sangat menderita di dalam  kolam hati. seumpama perahu kertas yang belayar di lautan luas. betapa rapuh dan lemahnya sehelai kertas menahan asakan dari gelombang. manusia adalah apa yang mahu dipercayai dan apa yang dipercayai. hanya berpegang kepada iman dan kasih sayang adalah sinar cahaya yang ditemui Iris terus digenggamnya? siapakah lelaki yang berjaya menakluki Iris? mampukah hidup yang hanya berbekalkan dengan kejujuran menghalang rama-rama Iris daripada terus terbang bebas? ketika Iris menyedari dia mesti berjuang untuk terus hidup, maka bagaimanakah akhirnya seorang Iris?

"kaya raya sampai langit ketujuhsekali pun , saya tak hairan. 'tak payahlah nak  beritahu semua orang jutawan satu di Malaysia, ada rumah persinggahan di seluruh dunia, francais beribu-ribu satu alam, harta berbilion, berpangkat Tengku, Tan Sri atau Tun sekali kalau tak diescort dengan polis trafik, tak payah berlagak sangat. itu maknanya tak cukup kaya dan tak cukup hebat, jangan nak bangga sangat dengan  boy-frieand awak tu! sebatang jarum pun tak boleh dibawa mati!"- FIRMAN

"I ada  tiga cadangan nama baby. Cullan-Gaelic meaning spirit of God and handsome, Gavin-Wales, a fierce and strong warrior. they're unique and yet go perfectly with the Irish last name. tapi nama yang yang paling memukau nama Aidan dan Iris itu sendiri, apa saja  mengenai Iris sentiasa mengingatkan I ketika di Dublin, Ireland. "- Aidan

". you tak ada apa-apa perasaan kat I sebab you dah ada orang lain Jenis saya tidak tahu cara seorang gadis seperti anda Denga lelaki tidak pernah puas ...." - Haris

           Saya diberi gelaran berharga saya ... sejak awal pertemuan kami ... dia cuba untuk menerangkan kepada saya dengan cara halus ... Saya sangat berharga sebagai seorang perempuan, dan saya perlu menyimpan anugerah itu. - IRIS

akhir sinopsis.
nah penutup buku kecil expensesrelated



Thursday, 5 June 2014

perjalanan kehidupan

dalam kehidupan ini kita yang akan melakar keindahannya . hidup ini bukan senang tapi tak jugak susah . kalau kita asyik memikirkan akan kesusahannya, maka ianya akan menjadi susah . tapi kalau kita selalu fikirkan kesenangan, pasti ia akan menjadi semudah yang kita inginkan . kadang-kadang ketika kita menjalani hari yang penuh kebosanan kita akan tertanya pada diri kita mengapa hari ini terlampau? . tetapi adaakah kita sedar hari yang kita lalui sebenarnya tetap sama . dari pagi ke malam dan masanya masih sama 24 jam . kerana kita yang tidak mampu mencorak hari yang indah seperti yang pernah kita coretkan pada sebelumnya . 

ya kehidupan ini jugak tak semudah yang kita fikirkan. tapi ia tidak serumit apa yang kita fikirkan . asalkan kita lalui dengan baik dan melakukan perintah-Nya, In Shaa Allah semuanya akan berjalan lancar




Wednesday, 4 June 2014

congratulation cousin

assalamualaikum . anangsaheyo

My dear cousin, tahniah atas pernikahan anda . lama kita tak jumpa kan . tapi akhirnya jumpa balik on ur wedding day . tak sangka kan . ingat tak dapat jumpa dah kawan main kecik2 dulu . tapi ye lah kan . air dicenceng takkan putus . mula tau k.ika dah nak jadi milik orang lain, rasa bersyukur sangat sbb bertambah lagi sepupu yang semakin jumpa kebahagiaan mereka . hari tu Jelly tak dpt dtg . kalau tak boleh kita imbas sikit zaman dulu2 kan . walau apa pun sekrang status k.ika tapi kita still boleh jd bdk2 kan . sembang and lepak sama blk . hehe . betulkan? . nah entry kali ni ditulis khas utk k.ika . semoga berbahagia ye k.ika

tiga mempelai yang diraikan di masjid as-Solehin

akad dan nikah berlangsung 

yang putih pink tulah sepupu aku.

gelang nikah dan mas kahwin

Alhamdulillah. semuana berlangsung dengan jayanya 



.
here are some pictures as memories. you may be successful in their studies and become a righteous wife to husband loved ones.

Thursday, 29 May 2014

Program Amal Kasih Pra u SMKRPB 2014


assalamualaikum

after several months, now I just want the opportunity to share about the charity program that has successfully carried out by the students of pre u SMKRPB

this program was launched after the first planned program can not run because of time constraints. Syukur! . everything worked fine. now would love to share some photos throughout the program.

game naik atas rakit

antara guru yang mengiringi dan 2 orang classmate

para guru, pelajar SKRPB dan warden serta anak-anak Nurul Ihsan

penyampaian sumbangan oleh En. Syahril, guru sejarah pra u
merangkap guru disiplin SMKRPB

bila adik lelaki didenda memakai tudung
(bertudung biru) . cumell!!
bersiap sedia semua!! 1 2 3, go!!!!!
permainan bermula
Alhamdulillah once again all the planned running smoothly even when the weather is not quite let in the afternoon to finish the game arranged.

what is important is we were able to adopt a little joy to children Nurul Ihsan is of concern to continue strong survive.
sad to see these brothers and sisters who lost their loved  first. but that is a fact of life.
This experience gave me the encouragement to continue eager to help those less fortunate.

last but not least for the kids at Nurul Ihsan Orphanage # there is still love you



*SMKRPB - SMK Raja Permaisuri Bainun
di Rumah Anak Ytim Nurul Ihsan. Sungai Siput, Perak.
tarikh : 05 April 2014 (Sabtu)

sekian laporan.

terima kasih,

atirah ali
(NUR ATIRAH BINTI ALI)
Setiausaha Kelab PERTINAS

p/s : p.o.yo. je last sekali tu

Friday, 14 March 2014

tiada motif

Hye, assalamualaikum . lama sangat dah ni tak udate blog. Bagi yang merindui saya tu terima kasih sangat-sangat yer.

Firstly, nak bercerita one of the my experience waktu pergi kem form six, yergh actually it jus happen you know. Sebenarnya, agak lama dah aku ni tak naik ke pentas. Last yang aku ingat waktu form three. Tu pun tukang baca latar belakang cerita je. Pelakon tambahan je lah I ni. (gaya ckp mcm watak utama). Alla pasalnya watak utama dah kompem kena bagi laki sbb cite pasal tokoh lelaki kan. Hahaha . (muka tak nak ngaku kalah).

dan hari itu  merupakan hari di mana aku kembali bercakap di hadapan ramai kembali. Aku sebenarnya pun bukanlah seorang yang penakut sangat untuk bercakap dekat depan kan, Cuma peluang tu je yang takde. Biasalah bila asyik berpindah je kan, kompemlah populariti tu mcm lambat nak datang kan. And kelebihan kita tu bukan orang terus nampak. Malahan lebih ramai lagi pelajar lama yang cikgu lebih kenal kan. So it’s ok lah. Redha je tak dpt naik pentas. Aku ni kan seorang yang suka bercakap mmg suka kalau dpt ckp kat dpn.

Ok, ape sebenarnya motif aku tulis entry kali ni yerr.. motif nye ialah di sini ingin aku menegaskan bahawa pengalaman adalah guru yang paling berharga. Krik krik krik .
Hahaha .bye bye . assalamualaikum

p/s : Ada alasan dan hikmah di sebalik sesuatu kejadian. Terpulang pada kita utk memilih jalan yang sesuai kerana kita punya pilihan. Apabila kita tersalah pilih, kita selau punya peluang kedua. Ingatlah, Allah tak akan menduga hambanya kalau kita tak mampu dan dugaan selalunya datang datang dengan pakej iaitu penyelesaiannya, kerana Allah itu maha adil



Tuesday, 18 February 2014

bestseller . preview buku Ahmad Ammar

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

kali ni aku nak bercerita mengenai buku yang baru keluar dan sudah berada di pasaran. Buku yang telah menjadi keluaran bestseller walaupun baru diterbitkan.

The title is,


Pencetus Kebangkitan Ummah Ahmad Ammar : Satu Kematian 

Yang Hidup legasi 1993-2013

Buku ni bukanlah untuk terlampau mengagungkan seseorang tu. Ianya hanyalah untuk kita menelusuri perjuangan Sehidimiz Ahmad Ammar untuk memartabatkan kembali Islam. Buku ini amat menarik untuk dibaca terutama oleh golongan muda untuk menyambung perjuangan Sehidimiz Ahmad Ammar.

Malahan buku ini bukan sahaja mengupas mengenai arwah Ahmad Ammar sahaja, bahkan juga mengenai cara kehidupan Islam yang Ad-din. Motivasi untuk golongan muda, malahan menceritakan tentang kegemilangan Islam suatu masa dahulu. Oh ya, buku ini juga ada juga menceritakan tentang untuk menjadi seorang Islam sejati.

Akhir penutup untuk entry kali ni, aku berharap janganlah anak remaja zaman sekarang terus menunuduk pada kekalahan. Teruskan perjuangan dan teguhkan iman mu.

# buku mengenai sehidimiz Ahmad Ammar ada dua. boleh dapatkan di kedai berhampiran#





Sunday, 16 February 2014

alamak, result!!!!!!!

assalamualaikum dan selamat pagi

Begitu juga lah hari ni result bagi ulangan penggal 1 2013, ulangn penggal 2 2013,dan juga penggal 1 2013 dah keluar .

Ok secara jujur budak kelas aku ada yang dah menggelabah semalam. Pakat senua dok bagi kata semanagat lah antara satu sama lain nak bagi kekuatan tengok nak result tu. Aku berdebar gak (sekarang pun dok rasa lagi sambil dok taip ni) dup dap dup dap je.

Mlm after je baca surah al-Mulk kat dorm (saya budak asrama) semua pelajar pra-u bersidang di bilik pra-u untuk membaca Yaasin. Alhamdulillah. Ada yang ckp boleh je kalau nak check semalam. Tapi apa cer kan. Baik tengok reramai hari ni. Baru gempak lorr .

Walau apa pun keputusan tu hari ni, kepada para pelajar pra-u student dekat mana-mana pun teruskan lah perjuangan anda untuk mencapai cita-cita anda. Walaupun anda merasakan ianya sesuatu yang mustahil ingatlah pasti ada penyelesaian nya.


#Allah itu Maha Adil. Jika Dia memberi ujian pasti bersama pakej penyelesaiannya sekali#

sekian, terima kasih