TyRa ALi

SaYa SuKa NoVeL

Saturday, 31 October 2015

unilife

assalamualaikum

hi
update entry about unilife

Sape yang tak happy kan kalau dapat masuk u sebagai langkah seterusnya dalam pembelajaran
kenapa happy?
i) sbb terbls penat lelah belajar waktu spm or stpm/matrik/asasi/diploma
ii) In Shaa Allah boleh dpt keje bagus lepas tu untuk balas jasa parent
iii) tu dah mmg impian dari kecik kot
iv) Allah bagi peluang untuk teroka dunia ni
ni antara pendapat aku lah kan

aku dapat tawaran universiti ni waktu kat ofis kot, hahaha memang terfikir-fikir lah macam mana aku nak checkkan , kalau dapat takut jerit kuat, tak dapat nanti menangis pulak kat ofis. dah la bilik aku tu tumpuan orang.

tepat pukul 1 aku pun check la walaupun start boleh check actually pukul 12 lebih macam tu. lambat sgt dpt respon dari 15888 aku pun try check kakak aku punya then terus tutup phone. motif aku pun tak pasti kenapa aku perlu tuturp phone tu :) sbb dekat setengah jam tunggu takde respon kan. takut kecewa sebab kalau lambat dapat respon ni selalu dukacita. (check pakai SMS je sebab kalau online mmg jammed sangat).

dalam pukul 3 mcm tu aku pun bukak phone balik. ting ting ting bunyi SMS masuk. dan aku nampak preview notification aku berjaya masuk tapi tak pasti lagi kat mana dapat, aku target UUM. lama aku simpan taknak tengok sampai la jam 3.30 dalam meeting aku pun bukak. huhuhuhu iolls dapat UniSZA kot kat terengganu lagi. and i was like what???? terengganu lagi. dulu diploma aku tolak sebab dapat kat dungun, terengganu jauh sangat kot, and again dapat lagi dekat Terengganu walaupun kali ni kat Gong Badak. cepat-cepat terus wasep mama bagitau. Tapi jawapan mama memang terbaik, "Rezeki kat sana kot, tahtah jodoh pun kat sana tak". erkkkk mama!!!! hahahaha.

Maka bermulalah episod haru-biru dalam diri aku sama ada nak pergi ke tak. Dua hari lps tu aku terima tawaran dan bersiap sikit-sikit nak pergi UniSZA. Kelulusan berhenti diluluskan pada hari jumaat sebagai hari terakhir, dimana hari sabtu dah nak bertolak pergi sebab daftarnya Ahad...

rushing Day ..

the End
Atirah Ali



Wednesday, 18 March 2015

Layakkah Aku -Azura Rasiddin

26 tahun Farra Hani hidup dalam kebencian ibu kandungnya. Dia bukan sahaja dibenci oleh ibu kandungnya, malah dia juga dibenci oleh Mikail Amsyar. Lelaki yang berjaya mengetuk pintu hatinya. Sedar dirinya dibenci, Farra Hani cuba menahan diri daripada terbuai dengan layanan mesra Mikail Amsyar yang tidak tahu identiti sebenarnya.

“We have another date then.” – Mikail Amsyar

“Errr, it is not a date. It is a normal dinner.” – Farra Hani

“Tapi bagi I, it is a date. So, see you tomorrow, sayang.” – Mikail Amsyar

Semakin dia cuba larikan diri, semakin dekat lelaki itu dengannya. Puas berlari, Farra Hani memutuskan untuk menerima lelaki itu selagi identitinya tidak diketahui. Di Cameron Highlands, Mikail Amsyar melamar Farra Hani untuk menjadi suri dalam hatinya dan di Cameron Highlands juga identiti Farra Hani terbongkar.

“Eh, perempuan! Kau sedar tak selama ni aku benci kau? Boleh pula kau tayang wajah tak bersalah kau kepada aku. Kau boleh selamba aje dengar aku cerita pasal perasaan benci aku kepada perempuan yang dah hancurkan hidup adik aku masa kat Cameron. Dasar perempuan tak tahu malu. Tak ada maruah. Aku benci tengok kau. Aku benci tengok lakonan kau. Aku benci tengok kepura-puraan kau!” – Mikail Amsyar

Dalam kebencian, akhirnya Mikail Amsyar dan Farra Hani disatukan jua. Farra Hani tuduh Mikail Amsyar memerangkapnya. Mikail Amsyar pula menuduh Farra Hani. Mereka saling tuduh-menuduh. Kalau bukan mereka, siapa pula yang memerangkap mereka?

Setelah memastikan sesuatu, Farra Hani mula sedar siapa yang memerangkap mereka. Farra Hani reda dengan pernikahannya. Meskipun dia rasa bersalah kerana mengheret Mikail Amsyar dalam masalahnya, dia bersyukur kerana dia diperangkap dengan Mikail Amsyar. Bukan lelaki lain. Dia ikhlas menjadi isteri Mikail Amsyar.

Namun, ikhlaskah Mikail Amsyar untuk menerima Farra Hani sebagai isterinya? Bisakah dia memaafkan Farra Hani setelah apa yang gadis itu lakukan kepada keluarganya? Layakkah Farra Hani untuk memiliki cintanya?


*pfttt novel ni mmg terbaik
Ada campuran elemen dendam, kasih sayang, benci, sedih, cinta, kejujuran, hasad dengki yg diolah dgn baik sekali oleh penulis Azura Rasiddin .
Okeyh . Lepas ni kita review novel teman lelaki upahan, dengan isteri separuh masa pulak 

Sekian 
Salam sayang :
Atirah Ali :)

Monday, 26 January 2015

Bicara Hati 2 - Damya Hanna

hye uolls .told u what ..bicara hati ada sambungan dah sekarang ..grab ur novel now oke ..nah sinopsis dia utk sape yg nak review tu

"setia ke akhir hayat!" itulah ikrar Zahlia dan Tengku Syahran sejak mereka jatuh cinta selepas nikah. Setiap saat, mereka berdoa agar kasih sayang itu terus mekar.
Namun, setelah hampir lima tahun menyulam bahagia, rumah tangga Tengku Syahran dan Zahlia diuji lagi. Badai yang melanda melukakan dua hati. Zahlia menderita. Tengku Syahran pula merana. Biarpun pahit untuk ditelan, mereka pasrah menerima segala yang tersurat.
Bagi Zahlia, sungguhpun reda, hatinya tak pernah ikhlas. Dia sering menyalahkan diri sendiri. Lantaran itu, rumah tangganya mulai goyah. Warna-warna ceria yang selama ini menghiasi hidupnya, sekelip mata menjadi suram.
Tengku Syahran memendam rasa. Gelisah di jiwanya tiada siapa yang mengerti. Sebagai suami, salahkah jika dia mahu meminta hak dan perhatian daripada seorang isteri?


Monday, 22 December 2014

stpm : the way u are


Dah abis berzaman dah kisah aku abis stpm ni, tp let me story the experience being a form six student .
Well, i'm being a form six tudent after i rejected uitm ..yah ..ur guys .dapat uitm tu. Happy tak terkira time dpt tau ni ..but i dunno how .last2 tercampak jd student form six jugak . Tapi redha je ..mungkin ada hikmah yg Allah tetapkan kan?
Cabaran student form six
Oh, byk sekali dear. Bayangkan je la dia punya buku tiap sem tebal2 tau, lgpun kan org ada cakap stpm ni exam kelima tersusah di dunia ..huuuu .kira sape amek dia mmg hebat la kan ..look .tu tak kira hebat ke? Abis tu kenapa ada lg yg dok pandang rendah kat kami yg amek stpm ni ha ..sebab kena pakai baju sekolah ..huh ..c'mon la .skrg form six dah berpusat kot .mcm matriks. Masuk kelas pun dah pukul 8 sekarang. 8 pagi ok ..

Ape lagi ye, ha ni nak bagitau. Stpm ni pun cpt jugak untuk dpt masuk u tau.
 Ok, honestly kalau tanya seronok ke masuk form six ni. Jawapannya seronok sgt. Sebab byk benda yg boleh dpt time belajar pengajian am (p.am) tu.siyesly .kita belajar pasal negara kita .kita belajar pasal negara luar, same goes too sejarah. Tapi make sure,awak pilih sekolah yg tepat utk awak ye. Bukan ape selalunya kita kena pilih sekolah yg sesuai ngan keadaan kita ..persekitaran tu mempengaruhi mood kita belajar, dan aku pun teringat pesanan seorang cg ni,

Mama Mastura, dia cakap
'waktu spm ye tgok siapa yg pandai dia dapat result baik, tapi untuk stpm ni tak tengok siapa pandai tapi siapa yg rajin untuk dapat result yg baik'
*waktu ni dah tercadang2 nak apply diploma uitm balik*

Kesimpulan dari nasihat ni, kalau dah amek je stpm ni mmg kena pulun habis2 la jangan dok main2 dah. Ni jalan terakhir awak semua untuk masuk u. I mean dgn cara yg pantas la. Lgpun takkan awak nak membazir dua tahun belajar stpm last2 nak kena amek dip blk kan ..
Banyak betul aku cakap kan ..haha

Tapi ni nak habaq mai skit la ..toksah aihh dok takut2 amek stpm, masuk je .ye la,  sometimes kita tak tau ape yg Allah rancang kat kita kan. Bila result spm tak bape elok, jgn malaih sgt nak belajaq, putus asa cepat sgt mu pun, amek je stpm sbb bila habis stpm dpt sijil gaji lg tinggi dr spm tau. Tah2 mana tau dapat result stpm cemerlang boleh pulak sambung degree pastu master, pastu p.h.d.. Tak gitu yedak

P/s : alhamdulillah berjaya tamatkan stpm lps berjaya amek exam sem 3.tak percaya kot. Tapi tu la kenyataan ye. Padahal lg tiga minggu nak exam boleh pulak decide nak behenti .hohohoho ..berapa kali asyik pk nak behenti je stpm ni. Saya tak kuat semangat. So awak yg kuat semangat tu bolehla amek stpm

salam sayang :
atirah ali

Saturday, 6 December 2014

Cinta Sambal Belacan - Junie Octovian

Pelbagai taktik yang digunakan Tengku Azri untuk membuli Lily Athira yang diambil Puan Adila menjadi anak angkat apabila ibunya, Mak Esah meninggal dunia akibat darah tinggi. Bagi menguji kepandaian dab kecekapan gadis itu, Tengku Azri sanggup merujuk majalah resipi dan meminta gadis itu memasak menu pilihannya termasuklah membuat pelbagai jenis sambal belacan walaupun dia sendiri tidak pandai memakannya. Puan Adila yang sudah jatuh hati dengan gadis lepasan SPM itu berkeras mahukan gadis iti sebagai menantu. Tengku Azri yang memang tidak pernah melawan cakap mamanya menerima sahaja walaupun di sebalik itu ada perjanjian. Namun akhirnya perjanjian yang dibuat itu memakan diri. Dapatkah Tengku Azri memikatnya kembali.

Puan Adila 
"Tok umi tu dari dulu dah sibuk nak jodohkan Lily dengan pak su, tapi mama tak layan kehendaknya sebab mama nak Lily jadi isteri Ayir. Tapi kalau Ayie rasa dia tak sesuai dengan selera Ayie, mama tak boleh paksa. Kalau Ayie pilih Azzah tu, eloklah lepas kahwin nanti Ayie tinggal denggan keluarga dia"

Tengku Azri
Nampaknya gadis itu sudah pun melepasi tahap bulinya. Apa yang diarah semua dia tahu membuatnya. Apa lagi hendak dilakukan untuk menguji kepandaian dan kecekapan gadis itu?

Lily Athira
Sepanjang dia mengurus anak bujang Puan Adila, Tengku Azri diperhati hanya suka membulinya dengan kerja-kerja rumah. Kalau dibulinya aku setelah berkahwin nanti macam mana?

TAMAT

harga pasaran: RM 22.90
 

Thursday, 27 November 2014

Bila Hati Berbicara - Antasya Balkis

assalmualaikum, hai ..lama dah tak update sinipsis novel yanhmg tengah 'laris' sekarang nikan, la yerr, teman ada exam last 3 weeks .baru je habis ni ha ..sape2 yg tgh tertunggu tu ni saya belanja satu sinopsis hari ni yerr. sori lambat

sinopsis
Emir Qasya adalah seorang lelaki muda bergelar jutawan. Kisah hidupnya selalu diintai wartawan kerana dia dukenali sebagai salah seorang selebriti yang paling popular di malaysia.
Emir Qasya amat mementingkan darjat dan keturunan dalam memilih calon isteri supaya setaraf dengan kedudukannya. Dalam masa yang sama, Emir Qasya berjumpa dengan seorang perempuan bernana Tania Katsura di dalam keadaan yang tidak terduga di kawasan rumah setinggan yang diberi nama Lembah Jingga.
Emir Qasya yang merasakan Tania Katsura seorang perempuan yang istimewa tetapi dia selalu menafikan hatinya jatuh cinta dengan Tania Katsura kerana dia merasakan yang Tania Katsura tidak memenuhi ciri-ciri perempuan yang layak menjadi isterinya. Tetali dia sendiri akhirnya memerangkap Tania Katsura dalam perkahwinan terpaksa kerana cabaran Badri Fathul sahabatnya.
Sesuatu telah berlaku dalam perkahwinan mereka kerana fitnah dan dendam taufik terhadap Tania Katsura. Tetapi kerana fitnah itu juga hubungan mereka yang retak kembali bertaut.

"Dulu Emir selalu menafikan yang Emir akhirnya jatub cinta dengan perempuan biasa tetapi cukup istimewa sekali. Emir harapkan bertemu cinta denga perempuan yang boleh mengoncang dunia tapi Emir lupa yang jodoh itu di tanga TUHAN. Jadi Emir cuba membenci Nia, tapi semakin benci... Emir sendiri tak dapat mengawal perasaan yang Emir mahukan Nia. Bukan perempuan lain" ~EMIR QASYA
 
"awak bohong Emir. Awak pamerkan diri awak yang kasanova dengan perempuan lain tapu dengan saya... awak jadi lelaki yang tak ada perasaan. Apa salah saya pada awak? Hanya kerana awak pernah berbudi kepada saya makna awak bebas melukakan hati saya? ~TANIA KATSURA
 
"kebahagiaan yang kau bina di atas kekecewaan aku tak akan bertahan lama, Nia. Kau haris ingat tu! ~TAUFIK


 
lama dah tak update sinipsis novel yang tengah 'laris' sekarang nikan, la yerr, teman ada exam last 3 weeks .baru je habis ni ha ..sape2 yg tgh tertunggu tu ni saya belanja satu sinopsis hari ni yerr. sori lambat. Buku ni aku dah penah baca waktu aku form 2 hampir empat kali .tp waktu tu sewa n pinjam2 je.. Kali ni aku beli sendiri ..oh yeaaahhh
 
salam sayang
tyra ali
 
 

Saturday, 4 October 2014

Seteguh Fayqa -Hanina Abdullah

oh yeah .bertemu kembali ke kita.. One more book review yg baru release cetakan pertama ogos 2104

SETEGUH FAYQA

 LARA LYANA, gadis yang mempunyai latar belakang yang misteri, tersadai di rumah kawan baiknya, Dzahim. Hidup di bawah satu bunbung dengan keluarga Haji Dzulqarnain yang ceria dan penyayang membuatkan dia terasa seperti kehilangan keluarganya sendiri.
Dzariff, si abang yang sentiasa berprasangka negatif tentang Fayqa menjadikan hidupnya lintang-pukang. Dzariff ataupun digelar jeneral sengal sering menganggu hidupnya dengan arahan dan aksi yang tidak masuk akal. Fayqa yang teguh dapat bertahan dengan sikap sengal si abang.
"why is that my reproductive part always become your point attack?" -DZARIFF
"sorry. Mulut awak tak ada insurans" -FAYQA
jodoh datang tanpa dirancang. Fayqa tidak sangka si jeneral sengal rupa-rupanya ada hati terhadapnya. Bercinta? Jauh sekali. Atas nasihat ibunya, Fayqa menerima lamaran yang tiba-tiba hadir. Lalu bermulah kehidupan yang manos namun tidak dapat lari daripada dugaan yang melanda.
"saya tak sebut nama sesiapa pun. Saya tak tuduh sesiapa pun. Yang saya nampak awak yang beria-ia hendak lindungi orang itu. Kenapa?" - FAYQA
"Faye, can you hear what you are saying? Inilah sebabnya abang suruh Faye move on. Sekarang Faye curiga dengan abang, tuduh abang nak lindungi orang tu. faye namapak tak negativity breeds more negativity" -DZARIFF
Fayqa yang naif, tidak pandai cemburu, tidak pandai zbersangka buruk. Namun apabila satu peristiwa hitam menimoanya, dia sedar dia perlu bertindak, berserah? Tidak sama sekali apabila kebahagiaan rumah tangganya menjadi taruhan. Akal digunakan untuk menggelakkan sebuah kehancuran.
Apabila orang tua memberikan nasihat supaya banyak bersabar selepas berkahwin, dia tidak sangka hingga ke tahap ini seorang isteri perlu bersabar. Sejauh manakah Fayqa dapat bertahan?



ok .sapa yang dah baca buku 'projek memikat suami' dan 'kisah naz dan khalish' ini dia buah tangan terbaru novelis Hanina Abdullah yang ketiga.
bagi kipas-susah-mati Hanina Abdullah jangan lupa untuk dapatkan yerkk .sekarang dekat popular tengah diskaun untuk ahli .REBATE 20% uolls.
ok sekian terima kasih